Ƭнɛ αиα'ƨ σғғιcιαℓ βℓσɢ. Ƭнɛ αиα'ƨ σғғιcιαℓ βℓσɢ.: May 2015

Saturday, May 30, 2015

STORY BEHIND MY BISNESS :)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, bisness going smooth right now, ramai yang mula bertanya tentang casing phone and harga iphone. That's a great thing for me actually. Duduk kat rumah tak bergaji, its really hard for me. Yela, duit takkan jatuh dengan sendiri kan? Siapa usaha lebih dia yang akan berjaya. Itu janji Allah. 

For your information , aku ni just dropship saja. Tapi dropship yang bertauliah. Hihi . Aku bukan sahaja cuma promote casing phone , instead aku juga la yang edit gambar semua tu. Boss aku tak buat service macam tu. Aku pun terfikir '' Why not kau penuhi permintaan customers. ''. And aku hanya akan letak harga yang murah sahaja. Biasanya aku hanya ambil untung rm5-rm10 je. Aku akan buat yang termampu untuk bagi kepuasan kepada customers aku. Aku tau ramai yang minta discount, and if i can, aku akan sentiasa turunkan harga casing phone tu. :D

PROBLEM DENGAN PERNIAGAAN?

Haa , bisness is not something that is easy, petik jari terus ramai nak order. Lagi-lagi bisnesswoman yang baru nak masuk dunia 'bisness' ni. Kadang-kadang ada customer yang nak design pelik-pelik, but itsokey, selagi aku mampu tolong, aku akan buat. About money, well.. Ramai juga yang minta harga diturunkan, actually harga yang aku dah bagi tu memang dah betul-betul murah. For example IPHONE. uolls rasa iphone pernah tak jatuh harga? Haa, kalau nak murah apa kata beli yang klon tu. Memang murah takpayah cerita la. :D

AKU JUAL APA?



Guys, aku nak promote INSTASHOP AKU!! Support support support!!!! 

This is my instashop. Baru je buka dalam minggu lepas , so nak minta support yang ada instagram tu . Hehe, boleh la, please??? *Buat muka comell *

Aku jual Casing phone and Iphone. All kind of casing phone and iphone. Custom made casing phone tu uolls yang pilih design sendiri. Nak letak muka selfie uolls pun boleh, No problem. ;) 

Owner instashop ni ofkos la myself. Very trusted seller, kalau ada any problem , whatsapp 0177004729 / wechat raihanaramlan . Aku cuma nak duit halal and dapatkan duit saku sendiri. Yela, sampai bila kan kita nak bergantung pada family kita. Sometimes , kita kena step up and do it by ourself. That way, kita akan jadi matang and know what the world we are facing right now :)




UNTUNG?

Well, basically tak banyak pun dapat tapi alhamdulillah, aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku dapat. Aku takkan merungut and nak belajar untuk bersabar. you know what, ini la kelebihan bila masuk bisness, perasaan bersabar and usaha lebih tu timbul kat diri aku. Nice job raihana :D




Aku akan sentiasa stay postive and work hard. Please support me! Hiarrkkk :p

Sekian, 
Bisnesswoman :D

THANKS FOR STOPPING BY! :)

Friday, May 29, 2015

EXO NEXT DOOR REVIEW

Assalamualaikum semua.


So semalam baru saja habis cerita EXO NEXT DOOR . Yes, peminat EXO sila baca review ni. Actually aku ni bukan peminat setia EXO , aku cuma tau lagu GROWL je. Yang lain ? Kelaut je semua. Tapi, aku kerja Part time kat station bus and to be honest, memang bosan duduk tunggu orang beli tiket! Errr.. Then, aku selalu usha anak boss aku,selalu sangat buka cerita EXO NEXT DOOR. Adik perempuan aku dengan sepupu aku memang ada tengok cerita ni , tapi tak menarik minat aku sangat masa tu. All of sudden , aku jadi peminat setia D.O dengan Chanyeol . Omaigosh!

Sweet sangat them olls. Scene cerita tu memang sopan , tiada unsur lucah or se*ks  and anything yang boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak zaman sekarang. Just a simple loving story. Pandai ye penulis skript!!!! And pandai syarikat S.M promote Exorians ni , Walaupun tak semua yang berlakon. Hewhew~




Cerita ni for some reason mengubah pandangan aku kepada D,O . Somehow he looks adorable, reliable, caring and sweet. Setiap kali dia senyum , i was like  '' Homaigash, abang D.O senyum kat aku la, maluuu '' Okay nampak macam pompuan prevert je  . Please abaikan :D


Satu lagi yang menarik minat aku ialah the main character, INCHEON GAL . Nama pelakon sebenar ialah MOON GA YOUNG . Dia comel sangat and sesuai untuk Chanyeol. Paling terkejut dia sama umur dengan aku!!!!!! What ??!! Kalau nak dibandingkan dengan aku, need lot of improve really :(

And even more surprise , dia ada berlakon cerita heartstring yang Park Shin Hye and Yonghwa berlakon tu, Ciss, dia nampak muda kat dalam cerita ni, patut la aku tak perasan langsung.

For the conclusion, cerita ni sangat best and funny. Mulai sekarang i am officially in love with this girl , as well as EXO . 

Will be missing you INCHEON GAL T.T



Mesti la tak lupa nak mention hubungan antara Sehun dengan adik Incheon Gal. Nampak Gay, yes! Tapi dorang la paling banyak buat scene lawak, lagi-lagi ending last sekali, bayangkan aku ketawa berdekak dekak sensorang kat dalam bilik, mesti jiran aku fikir we olls ni ada bela saka. >.<



serious dorang dua ni memang sesuai berlakon sama-sama. Hehee, i know , i know ,.. mesti rindu kan?

Cerita ni kan , it's telling something! Kita semua tahu yang Kris and Luhan keluar daripada group.. And cerita ni macam related to this, i don't know how explain, Just feel like that.




Haaaaa,,, tu je yang aku nak cakap.. papehal tengok je okay cerita ni .Untuk sesiapa yang nak tengok Semua Episod EXO NEXT DOOR boleh tengok kat Youtube. :D

See you , till we meet again .

THANKS FOR STOPPING BY! :)

RINDU NENEK :"(

Assalamualaikum


Puasa nak dekat , and seterusnya raya is coming soon. Bila cakap pasal raya , mood raya tu memang dah lama hilang., since my grandmother all sudden got strock. Dalam banyak -banyak sedara mara, she is the the person i love the most. Caring, happpy , always smile, kadang-kadang anoyyed, but itsokay :D And yang paling penting sekali, she love us all. Setiap kali we olls sekeluarga datang singgah, dia mesti hidangkan air, masak untuk we olls, haihh, really miss that moment :'(

Bila fikir balik kenapa la aku dulu tak menghargai setiap detik aku dengan dia. Regret . But aku selalu nak tebus kesalahan aku tu dengan sentiasa doakan untuk dia, visit her always , and aku lega sikit bila makcik aku ambil bibik untuk jaga nenek, bibik tu selalu ajak berbual ( walaupun nenek tak paham apa-apa ) HAHA...

Sejak kebelakangan ini, nenek memang selalu panggil nama aku sampai nama lain dia tak sebut pun. Bayangkan perasaan makcik yang jaga dia setiap hari, sedih oo mak sendiri tak kenal anak dia, tapi nama cucu yang disebut, oh well.. Sorry makcik ku ~

I REALLY MISS HER.


Gambar tahun lepas masa jaga nenek kat hospital. Yes , i am the first person yang jaga dia masa kat hospital. Please abaikan muka yang minta smackdown tu ye. Masa ni nenek tengah tidur so why not aku pun acah-acah tidur juga kan? Why not :p

Nenek aku senang cerita tengah mengalami kelumpuhan badan sementara, *bukan fakta sains sebenar  ye, ayat ini direka semata-mata. * The whole body susah nak gerak, nama pun strock, tangan kanan je yang boleh gerak, itu pun kena ikat tangan dia kat tepi katil. Why? Nampak kejam kan? " Biar jela dia bergerak dengan bebas!" "  Jangan layan dia macam binatang " Haa, ada kat orang terfikir ayat tu? Takde? takde? Syok sendiri je aku ni :p

We have to tie her hand. Nenek aku tak boleh makan pakai mulut , so the only way to feed her by using a tuib through her nose. Hari-hari makan minum air susu je , so kalau muntah pun muntah susu . Err,, lets not talk about this okay. Function kena ikat tangan dia sebab tangan nenek ni memang licah abihh, sebab tu la dia mampu jaga 11anak! Waktu sakit pun suka sangat tangan tu meliar cabut tiub kt hidung dia tu  , Then bila dah cabut tu dia akan senyum dengan lebar selebarnya. Amboi pandai ye nekk~

Yela, tak boleh salahkan nenek juga sebab kita pun akan buat benda yang sama, bayangkan benda kecil termasuk dalam hidung pun kita cam apa ntah, inikan sumbat tiub ke hidung. Taknak kena macam tu. its suck T.T

Well, tujuan aku tulis entry berkenaan dengan nenek ialah aku nak minta uolls please tolong doakan kesihatan nenek aku, sebab aku nampak dia semakin lama semakin teruk. Is really painfull to see that. Wish she all the best, okay ?

Sekian, 

cucu yang rindukan neneknya,
RAIHANA RAMLAN


THANKS FOR STOPPING BY! :)

Wednesday, May 27, 2015

Order Casing Phone Design Sendiri

Assalamualaikum semua , 


Aku nak inform kat uolls yang aku  ada jual casing phone yang sangat murah . The best things is uolls yang pilih sendiri design phone casing yang uolls nak . The design is up to you , any picture that you love , or any cute selfie that you like , you know what , just give it to me and i will do the casing for you. So all the picture of the casing phone is basically  the examples that our customer had ordered . Jangan risau ,aku bukan scammer or penipu yang cuba ambil duit orang , just selling to get good money . Maksudnya duit halal okay? Hehe..





So bila cakap pasal beli online semua mesti nak tau harganya berapa or berapa lama nak siap casing ni or ada tak phone jenis uolls punya?? Okay guys , i am here to tell you everything. Cakap pasal harga , this is the list of the price.

So as you can see , dia ada dua jenis casing iaitu HARDCASE and SOFTCASE . Harga lain kerana Hardcase diperbuat daripada plastic and Softcase ialah casing jenis getah .Jangan risau , uolls boleh whatsapp 0177004729 / wechat raihanaramlan kalau nak tau lebih detail.

As for the order , design boleh edit and i laa orang yang tukang edit gambar tu. Hehe ,  Tapi edit tak segempak mana , kalau boleh gempak dah lama aku buat header aku sendiri. 

Maksud edit tu ialah boleh letak your own name kat casing uolls. Haa, tak ada la orang nak rembat hangpa punya casing kan? :D

Ni nak bagi warning ye , Casing ni pre-order , and kalau cakap pasal pre-order memang take long time. Biasanya dalam masa 3 minggu dah boleh dapat casing tu , Sabar tu separuh daripada iman kan?  Taknak la uolls mengamuk sebab casing lambat sampai , aku dah cakap awal-awal okay :p

Btw, aku ada 2 instashop yang baru je buat and hopefully dapat support daripada uolls.


Mintak support daripada uolls k :')


So , nak tunjuk sedikit contoh casing phone daripada customer kami :D
To order, kindly whatsapp 0177004729 / wechat raihanaramlan











                 
 








THANKS FOR STOPPING BY! :)

Timbang Berat Blog

Assalamualaikum semua.


Nak tau something la , agak-agak berat tak blog aku ni , bila uolls buka blog aku , it take how long just to open this damn blog?? And bila fikir balik , uolls rasa berat tak blog uolls tu? Kita mesti la tak nak readers kita tunggu masa yang lama untuk blog kita ni kan ? So , aku ada satu cara untuk check and timbang berat blog kita ni. Easy step so make sure to use it :D

Here are the steps :-



 So bila dah buka je website ni , tekan website speed test.

 Then masukkan url blog uolls and tekan start test.


 Nah engko , sila terkejut dengan berat blog uolls. hehe :D


 Kalau uolls scroll ke bawah , dia ada provide report and files .



 Nanti uolls baca apa penyebab blog tu jadi berat. Then muhasabahkan diri.

This icon number is credit to WANASEOBY.COM who is a role model to me :D

Sekian , 

Most love,
RAIHANA RAMLAN.

*P.s : Sebagai tanda terima kasih , nak minta sumbangkan kat personal saving aku ni  . Tak sudi tak apa, sobss T.T






THANKS FOR STOPPING BY! :)

Tuesday, May 26, 2015

Budak yang tengah cuti sem .

Assalamualaikum semua.


Cuti sem aku start pada bulan 4 yang lepas and sekarang nak tamat dahpun bulan 5 . Boleh tahan lama juga ah aku duduk Johor ni . Aku ni dahla susah nak balik Johor, balik bila perlu sahaja. Yela, tiket mahal oo , i ni bukannya isteri orang kaya . * Kalau dapat best juga , amin * 

Sepanjang cuti ni, aku dah bekerja part-time almost like 3jobs. Yela , orang susah nak terima part-time kat sini , for them , just not worth . Yang aku kerja ni pun tak tahan lama, paling lama seminggu , tu pun ganti pekerja tetap. Sedih.

So, sepanjang aku duduk terperap menunggu kerja, aku usik balik blog aku ni yang dah lama nak tak nak je buka. Hheee , jangan merajuk ye wahai blog ku~  Kalau readers tegar aku * ada ke? * yang biasa datang ke blog aku , mesti them olls perasan blog aku suka sangat berubah template. Harini buka nampak lain , esok buka ehh lain la pulak. Hehe, aku ni memang choosy and nak semua perfect, walaupun result dia tak ada perfect mana pun. This is the latest blog aku. Tak ada la lama mana nak edit blog ni since i know few code in this blog.

For those yang for the first time datang blog aku ni, HI. welcome and please come again. hehe, nak kena promote blog aku ni juga, nak juga famous macam Fatin Liyana :p

Btw, nothing special about this entry anyway, i just dah set up my mind nak active dalam blogging ni since my wifi so fast here. HAHA . Aku akan sentiasa update blog aku ni so jangan uolls menyampah pulak dengan aku!  Kalau tak suka jangan cakap depan aku, hati aku selembut tisu. Nangis bagitau mak kang!!

Semua busy dengan harian rutin them olls . Pergi sekolah/kerja , balik makan mandi solat , main bola tidur main fon . Aku? i am not sure myself. Lifeless. Rasa tak sabar nak balik Selangor pun ada ni. Ada ehemm kat sana tak ada bosan sangat. Bosan je teruih call ajak gi pantai / makan minum. Done!

Well, that'll i should say. Aku patut berhenti cakap kan? Or else aku berleter sampai malam pun tak habis baca.

Nak minta tolong untuk Click Nuffnang. Nak cari duit sara hidup >.<




Gotta go, see you next time. Assalamualaikum :D

The love,
RAIHANA RAMLAN



THANKS FOR STOPPING BY! :)

ISTERI SEPARUH MASA REVIEW

Assalamualaikum semua.


First of all, just wanna say that this drama is owesome~ Very-very much i have to say. Bohong la kalau orang kat Malaysia
ni tak tengok cerita ni ( maybe ada yang tak tengok, who knows right? ) sebab cerita ni soon or later bakal jadi viral. Kenapa la kan ? Haa...uolls tak tengok ke lakonan those guys? Macam real je i have to say. 

Actually aku baru je habis tengok drama ni. Baru nak rehat terdengar je cerita tu nak start, teruih aku bangun pergi hadap depan TV. I have to admit, dulu masa awal cerita ni memang looks macam biasa je, tapi still menarik minat aku, tapi lama-lama, Allah,, maigosh memang gives a tumb up! Emma Maembong memang sesuai untuk watak Medina Izwani. She look adorable, very funny, elegent, beautiful and nampak sopan. Tapi macam tak elok sebab ada scene pegang-pegang, that's what she has to face when it come to be an artist. Aku perasan outfit dia dalam cerita ni kindda cool. Cantik, control yourself raihanaa! T.T


Aiman Hakim Ridza, yes.. Tak ada sesiapa pun yang lebih layak untuk watak panas baran and yet sho shweet ni. As Dr. Nazrin, he carried that role very well. Bila dia marah je Medina, kelakar sangat-sangat sebab comel. Nyampah juga dengan perangai panas baran dia, tapi bila dah shweet dengan Medina Izwani, i pun cairr~ Geram sikit kenapa i tak pegang watak Medina tu, kiki~ BTW, looking forward to the next episode. Aku try cari novel dia la, tapi tak jumpa pun kat kawasan aku ni, abis stock or maybe the novel sell so fast. Yelaa, cerita ni hits, takkan la novel tu tak laku kan uolls? 

Sebelum aku habiskan ayat-ayat aku ni, apa kata kita usha trailer Isteri Separuh Masa , for those yang tak pernah tengok cerita ni :D



Isteri Separuh Masa mengisahkan Medina Izwani anak angkat kepada keluarga Dato’ Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana terlalu sayangkan Medina Izwani, nenek menjodohkan Nazrin Shah iaitu cucu kandungnya dengan Medina. Mengenangkan terlalu banyak budi yang dicurahkan keluarga Dato’ Abdullah, Medina akur pada keputusan nenek. Namun, perkara sebaliknya berlaku terhadap Nazrin Shah. Nazrin menentang hasrat neneknya kerana dia menganggap Medina sebagai musuh!
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Drama Isteri Separuh Masa merupakan drama adaptasi daripada novel. Penulis novel Isteri Separuh Masa merupakan novelistar terkenal iaitu Suri Ryana atau nama penuhnya Sharifah Nurilyana Syed Fesal. Apakah kesudahan yang berlaku antara Medina dan Nazrin. Sama-sama kita tonton nanti.

Antara barisan pelakon Isteri Separuh Masa adalah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle.



Last word, love both of you. Thanks for making my day happier than ever.

Lots of love,
RAIHANA BT RAMLAN

THANKS FOR STOPPING BY! :)

Monday, May 25, 2015

The Story of A grown up Lady.



My Full name is Raihana binti Ramlan, I was born on 14th April 1996 and i am offically not under18 anymore. HEHE .  I live somewhere in Johor and recently i am Selangorian as i further my study there. I am the big sister of 2brother and 1sister, and i have an older brother. I am a tall girl and always be tallest in my class or everywhere.Yeayh i know, you are jelous of my height, HAHA . but i am grateful of what i am. Allah is the great creater and always be the only one . :)

My Personality? Well, nothing much to say. I am just a simple lady who really want to improve herself everyday and learn something everyday in everything i do. Hopefully :) . I am not really pretty but i can only say that i am catogorised as a pretty lady as well. HEHE., words are also said to be a Doa' . I am a clumsy girl and always panicked on something,eventhough its not a big deal.

I am a student of Diploma Seni Bina in Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor. As an architecture student, i am proud to said that, In Sha Allah i will be the next architect in Malaysia, Wait for me ya'lls. Those who also take the course, please do a flavour to contact me. We have a lot to share :D

What i love the most is listening to a good song. Songs that very soft and harmony sometimes give a pleasure feeling, its like a peaceful moment.Also, i am fan of Korean Drama / English Movies. Everything about love story, i am that girl. Especially the movies that have a good trailer and soundtrack. Could you recomend me that kind of good movies. Looking forward to that.

Well, that's it about myself. Nothing much . Simple is just my style :D



THANKS FOR STOPPING BY! :)

Monday, May 18, 2015

"Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday"


Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday sempena birthday my babies bulus Max & Bella yang ke-2 (16 April 2013 ~ 16 April 2015).

http://yanapinkblossom.blogspot.com/2015/04/giveaway-max-bella-2nd-birthday.html?m=0
Klik BANNER untuk join (^^,)

Tarikh Mula : 18 April 2015 (12.01am) | Tarikh Tutup : 16 Mei 2015 (11.59pm)



THANKS FOR STOPPING BY! :)

Thursday, May 14, 2015

Customise Casing Phone Murah .


Assalamualaikum.


Cantikkan semua design casing phone ni? Ni semua contoh casing phone yang ditempah oleh customer we olls. Cantik kan design them olls?  Phone seumpama badan manusia. Manusia perlukan baju untuk menutup badan them olls. Macam ni juga dengan phone kita kan? Baju yang cantik melambangkan diri kita. Hargailah phone kita sebagaimana kita hargai badan kita. heheee. berbunga ayat aku. >.<

Dengan ini, aku dengan bangga nak tolong jualkan casing phone yang ohsemm ni~

Harga yang berpatutan, semua jenis phone ada, high quality,and senang cerita memang bagus la. Mari kita tengok harganya dulu. Jomm,,



Jangan risau pasal harga okay? Semua harga boleh dirunding . Komen ataupun contact nombor saya - 0177004729 / facebook - Raihana Ramlan / wechat -  raihanaramlan. 

Sekian,

Yang benar,
RAIHANA BINTI RAMLAN

THANKS FOR STOPPING BY! :)

Saturday, May 09, 2015

Secretary for the first timee??!!

Assalamualaikum. 

Aku ambil course architecture and sekarang ni aku tengah part-time as a secretary?? Jauh betul ye aku melompat daripada utara ke selatan. hehe..

Alhamdulillah, memang sangat-sangat bersyukur sebab diberi kerja walaupun cuma seminggu. EMPOWER ECER setuju nak ambil 3 orang perempuan untuk part-time. Actually harini hari first aku kerja and i had to admit, memang penat kerja sebagai secretary. Boss aku ni cari pekerja sebab them olls  tak cukup tangan nak handle hari Convo pada 16 Mei ni. Ada 400 peserta yang perlu dicall, berlambak fail yang perlu disusun and a lot of important things to do. Aku ambil masa separuh hari untuk 200 orang. Nasib baik ada seorang kakak masuk sekali dengan aku, so takde la penat buat kerja sorang-sorang kan? 

Well, nothing easy right? Aku call semua orang dalam list untuk confirmkan kedatangan them olls. Penat nak layan sorang-sorang. Nasib baik yang masuk sama dengan aku tu, or i should call kak Bella memang ambil Diploma Sains Kesetiausahaan , so dia familiar dengan cara kerja di ofis, palaagii , follow jelaa dia. Well, you can't expect for an architecture student to do that right? Kerja we olls ni melukis pagi siang malam tengahari. melukis melukis and melukis.



Kerja start pada pukul 9.00 pagi and end pada 6.00 petang. gaji please??

well...
...
..
.

Cuma rm20 sehari, and aku still bersyukur kerana aku mampu cari duit aku sendiri tanpa susahkan parent aku. Alhamdulillah.


Boss aku, Encik Zarif and Encik Arif ( bukan kembar ye ) memang baik sangat-sangat,  them olls risau we olls kerjaa berlebihan sampai penat. geram pulak sebab aku datang untuk kerja, bagi je kerja kat aku walaupun banyak. Aku tak suka lengahkan kerja aku. Tangan aku memang dilahirkan untuk buat kerja. Cehh!

Orait then, i am too tired! Serious need a lot of rest.  see you guys soon.


Lots of love,
Raihana binti Ramlan.

THANKS FOR STOPPING BY! :)