Ƭнɛ αиα'ƨ σғғιcιαℓ βℓσɢ. Ƭнɛ αиα'ƨ σғғιcιαℓ βℓσɢ.: ISTERI SEPARUH MASA REVIEW

Tuesday, May 26, 2015

ISTERI SEPARUH MASA REVIEW

Assalamualaikum semua.


First of all, just wanna say that this drama is owesome~ Very-very much i have to say. Bohong la kalau orang kat Malaysia
ni tak tengok cerita ni ( maybe ada yang tak tengok, who knows right? ) sebab cerita ni soon or later bakal jadi viral. Kenapa la kan ? Haa...uolls tak tengok ke lakonan those guys? Macam real je i have to say. 

Actually aku baru je habis tengok drama ni. Baru nak rehat terdengar je cerita tu nak start, teruih aku bangun pergi hadap depan TV. I have to admit, dulu masa awal cerita ni memang looks macam biasa je, tapi still menarik minat aku, tapi lama-lama, Allah,, maigosh memang gives a tumb up! Emma Maembong memang sesuai untuk watak Medina Izwani. She look adorable, very funny, elegent, beautiful and nampak sopan. Tapi macam tak elok sebab ada scene pegang-pegang, that's what she has to face when it come to be an artist. Aku perasan outfit dia dalam cerita ni kindda cool. Cantik, control yourself raihanaa! T.T


Aiman Hakim Ridza, yes.. Tak ada sesiapa pun yang lebih layak untuk watak panas baran and yet sho shweet ni. As Dr. Nazrin, he carried that role very well. Bila dia marah je Medina, kelakar sangat-sangat sebab comel. Nyampah juga dengan perangai panas baran dia, tapi bila dah shweet dengan Medina Izwani, i pun cairr~ Geram sikit kenapa i tak pegang watak Medina tu, kiki~ BTW, looking forward to the next episode. Aku try cari novel dia la, tapi tak jumpa pun kat kawasan aku ni, abis stock or maybe the novel sell so fast. Yelaa, cerita ni hits, takkan la novel tu tak laku kan uolls? 

Sebelum aku habiskan ayat-ayat aku ni, apa kata kita usha trailer Isteri Separuh Masa , for those yang tak pernah tengok cerita ni :D



Isteri Separuh Masa mengisahkan Medina Izwani anak angkat kepada keluarga Dato’ Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana terlalu sayangkan Medina Izwani, nenek menjodohkan Nazrin Shah iaitu cucu kandungnya dengan Medina. Mengenangkan terlalu banyak budi yang dicurahkan keluarga Dato’ Abdullah, Medina akur pada keputusan nenek. Namun, perkara sebaliknya berlaku terhadap Nazrin Shah. Nazrin menentang hasrat neneknya kerana dia menganggap Medina sebagai musuh!
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Drama Isteri Separuh Masa merupakan drama adaptasi daripada novel. Penulis novel Isteri Separuh Masa merupakan novelistar terkenal iaitu Suri Ryana atau nama penuhnya Sharifah Nurilyana Syed Fesal. Apakah kesudahan yang berlaku antara Medina dan Nazrin. Sama-sama kita tonton nanti.

Antara barisan pelakon Isteri Separuh Masa adalah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle.



Last word, love both of you. Thanks for making my day happier than ever.

Lots of love,
RAIHANA BT RAMLAN

THANKS FOR STOPPING BY! :)

0 COMMENTS:

Post a Comment

Assalamualaikum. Don't forget to leave some comment here :D